Salam semua,
Haaa...lisa surihani semakin gemuk??perkahwinan mereka tidak sia2,dapat jugak membuahkan hasil dengan menaikkan berat badan...hehehe....
Berat sebelum kahwin 46 kilogram dan sekarang telah bertambah kepada 50 kilogram dan saya gembira dengan peningkatan itu kerana berat badan saya dibawah paras ideal sebelum kahwin.
Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Mac lalu dan pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, Putrayaja.Dalam pada itu, Lisa berkata, kehidupan sebagai seorang isteri adalah sangat menyeronokkan walaupun kedua-dua mereka sering sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Bagaimanapun kata Lisa, dia bertuah kerana mereka saling memahami tentang tanggungjawab dan kerjaya tambahan pula berada dalam satu industri yang sama."Yusry banyak bertolak ansur apabila cuba mengikut jadual kerja saya supaya kami dapat menghabiskan masa berkualiti bersama."Apabila saya sedang bekerja dia juga akan turut bekerja dan akan berhenti selepas saya selesai menjalani penggambaran," ujarnya.Tambah Lisa, kadang-kala suaminya itu akan bertandang ke lokasi penggambarannya untuk membuat kerja sementara menunggunya.
Sementara itu, Lisa berkata dia mungkin tidak akan menerima lagi sebarang tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri kerana ingin menumpukan lebih perhatian terhadap rumah tangga dan suami.Ujar Lisa, drama bersiri Dimanakan Juwitaku sebanyak 15 episod untuk siaran Astro Ria yang sedang menjalani penggambaran berkemungkinan akan menjadi siri terakhirnya.
"Keputusan ini bukan atas paksaan Yusry atau daripada orang lain tetapi atas kesedaran diri sendiri kerana apabila sudah berkahwin tumpuan dan tanggunjawab saya sebagai isteri telah berubah."Walaubagaimanapun itu cuma kemungkinan dan jika rezeki memang kepada drama bersiri saya tetap akan buat," katanya.Selain Dimanakan Juwitaku, Lisa bakal muncul dengan filem Dendam Orang Mati, Saya Amat Mencintaimu, Istanbul Aku Datang dan Ular.
0 komentar:
Posting Komentar