Tampilkan postingan dengan label najib. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label najib. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Najib gesa pekerja Petronas sokong BN umum pemberian RM1 000

Oleh Syed Jaymal Zahiid
April 02, 2013
Najib mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 2 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini “tanda penghargaan” RM1,000 kepada semua pekerja syarikat minyak negara Petronas, menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Najib, yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk menjaga Petronas, mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi.
“Ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan telah mencadangkan pemberian kecil untuk menggembirakan pekerja.

“Akhirnya, saya bercadang untuk menerima cadangan tersebut. Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada semua pekerja sebagai tanda penghargaan jadi belanjakannya dengan bijak,” katanya dihadapan 4,000 pekerja Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, Najib menggesa pekerja Petronas untuk terus menyokong gabungan pemerintah, pengasas syarikat minyak negara yang sumbangannya kepada kejayaan adalah penting.
Beliau memberi amaran terhadap mengundi pembangkang sehingga berkuasa, menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai musuh Petronas kerana kebanyakkan cadangan mereka, termasuk meningkatkan royalti minyak negeri dan harga bahan api yang menjaga rendah, bertentangan dengan kepentingan syarikat.

Najib menambah Petronas dan BN telah berkongsi hubungan panjang dan berfaedah sejak penubuhannya pada awal 70an dan memberikan kuasa kepada kerajaan yang belum diuji boleh memudaratkan syarikat.

“Oleh itu, apabila tiba masanya, saya berharap anda membuat keputusan bijak,” katanya.
Pemberian tunai hari ini dan beberapa lagi kepada sektor tertentu di bawah program kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan peningkatan peruntukkan kepada pinjaman untuk membantu perniagaan Bumiputera.

Najib mencari mandatnya sendiri dalam Pilihan Raya 2013 dimana beliau berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang hilang buat pertama kalinya pada 2008.

BN turut kehilangan empat negeri lagi dalam pilihan raya lepas.
Pencapaian buruk tersebut menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa memberikan laluan kepada Najib yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April, 2009.
Esok genap empat tahun Najib menjadi perdana menteri keenam negara.

Rabu, 05 Februari 2014

Pak Lah Sokongan terhadap BN tidak menentu di bawah Najib



Pak Lah dan Jeanne Abdullah menyambut Ketua Biskop Tan Sri Murphy Nicholas Pakiam ke rumah terbuka mereka di Dewan Endon, Putrajaya. — Foto foto oleh Choo Choy May
PUTRAJAYA, 25 Ogos — Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.
Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.


Pak Lah ketika temuramah di rumah terbuka beliau.
Beliau memuji reformasi dan transformasi yang dilakukan Najib dan berharap pengundi akan berpuas hati dengannya akan tetapi memberikan amaran bahawa ia tidak semestinya akan diterjemah kepada undi kepada BN.
“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”
Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya.

Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undisecara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.
Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi.
Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN.
Dalam pilihan raya akan datang yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pada April 2013 menyaksikan 13.3 juta rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan sama ada BN terus kekal berkuasa atau PR mengambil alih Putrajaya.
The Malaysian Insider
Older Post ►
 

Copyright 2011 Kaca Info