Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Isteri dibelasah teruk kerana beraya dengan rakan

12 Ogos 2013
Kuching: Ketika sebahagian besar umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, seorang wanita menjadi mangsa belasahan suami yang cemburu buta dan berang selepas dia keluar beraya bersama rakan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, wanita berusia 20-an itu dikatakan dipukul suaminya di rumah mereka di Petra Jaya, di sini, sehingga cedera di kepala dan badan.
Sumber berkata, kejadian berpunca daripada tindakan wanita itu keluar berhari raya bersama beberapa rakan perempuannya dipercayai tanpa pengetahuan suaminya yang berusia lingkungan 20-an.
Katanya, mangsa mendakwa dipukul menggunakan topi keledar di kepala oleh suaminya, selain ditampar di muka dan ditendang di pinggang sebaik tiba di rumah.
“Walaupun mangsa menjelaskan dia keluar dengan rakan perempuannya, suaminya tidak menghiraukan penjelasan itu dan terus memukulnya tanpa belas kasihan.
“Mangsa juga mendakwa suaminya mencederakan tangan sendiri dengan sebilah pisau dan memberitahu keluarga bahawa dia dicederakan isterinya dengan parang,” katanya.
Katanya, mangsa turut mendakwa kejadian seumpama itu bukan yang pertama kerana pernah berlaku beberapa kali sebelum ini hanya disebabkan perkara kecil dan remeh.
“Mangsa yang tidak tahan sikap panas baran dan cemburu buta suaminya membuat laporan di Balai Polis Gita untuk tindakan lanjut,” katanya.
Jurucakap polis menerima laporan mangsa dan berkata, siasatan dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada suami wanita terbabit.
sumber : myMetro

Kamis, 20 Februari 2014

Jual isteri dan motosikal sekali

9 Dis 2013

Virginia, myMetro: Berdepan dilema gara-gara diberi kata dua oleh isterinya, seorang pemilik motosikal Harley Davidson mengambil tindakan mengejutkan apabila menawarkan kenderaan itu serta pasangannya untuk dijual.
Hanya dikenali sebagai Bob, dia dilaporkan dimarahi isterinya kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada motosikal.
 
Justeru isteri Bob mengugut supaya dia mengubah sikap atau perlu memilih antara motosikal atau pasangan hidupnya.

Bob kemudian mengiklankan motosikal dan isterinya untuk dijual.
FotoISTERI Bob berdiri di sebelah motosikal kesayangannya.

Kata Bob, motosikal Sportster 2006 XL1200L miliknya masih dalam keadaan baik, manakala isterinya ialah “model 1959” yang juga masih berkeadaan baik walaupun agak berusia.

Gambar motosikal dan isteri Bob turut dipaparkan di laman sesawang itu.

Wanita terbabit dilihat tersenyum di sebelah kenderaan itu dengan memakai kot mewah.

Bob membuat tawaran AS$5,900 (RM19,000) untuk pembida berminat. - Agensi
Older Post ►
 

Copyright 2011 Kaca Info